Pada petang 24 November 08, saya dapat satu panggilan, katanya dari karangkraf yang minta diadakan temubual untuk dimuatkan dalam majalah RASA yang dikhaskan untuk syarikat-syarikat PKS. Alhamduliilah pada esok harinya jam 1.30 kehadiran wartawan serta fotografi majalah tersebut iaitu Siti Ramlah bt Mahmud dan Ahmad Shahir Osman muncul di sini. Kehadiran yang amat dialu-alukan. Dari awal proses hingga kehujung proses dirakam gambarnya. Pekerja RFE tersipu-sipu gambar mereka sedang bekerja dirakam. Kenangan untuk mereka dan pihak RFE sendiri terutama Puan Ramlah. Nantikan keluaran majalah RASA, InsyaAllah akan dikeluarkan dalam awal tahun hadapan.(x pasti lagi-mungkin bulan Februari).
Terima kasih kepada wargakerja majalah RASA.
Siti Ramlah sedang menemubual Puan Ramlah
Jurufoto Ahmad Shahir mengambil gambar salah seorang pekerja.
No comments:
Post a Comment