Syarikat Ramlah telah mula didaftarkan pada tahun 1995. Namun yang demikian perusahaan ini telah dijalankan secara aktif sejak tahun 1950an lagi.
Bermula dengan Hajah Hendon sebagai Generasi pertama yang mengusahakan resepi ini. Berasal dari Kampung Serkam kemudian menetap di Kampung Pulai, Merlimau, Melaka. Dilahirkan pada sekitar tahun 1892 dan telah pulang kerahmatullah pada 2005 ketika berusia 103 tahun. Mula membuat jualan disekitar Muar dan daerah Johor yang lain. Amat popular kerana beliau seorang yang amat pemurah dan dermawan disamping seorang yang rajin berpantun. Selain daripada dodol beliau turut aktif berniaga seperti menjual kuih muih(untuk tempahan sekitar dun serkam), membuat minyak urut(terutama untuk wanita bersalin).
Kemudian beliau perturunkan resepi tersebut ke anak kedua beliau iaitu Hajah Basariah bt Mohd Said sebagai generasi yang kedua. Hajah Basariah mula aktif menjual disekitar banda Melaka. Disini la mula episod pengenalan kepada dodol gula melaka ini. Dimana ia mula mempunyai pelanggan tetap yang cukup meminati dodol gula melaka sehingga kehari ini. Antara tempat jualan yang paling hangat adalah di pasar melaka(sekarang dikenali sebagai pasar lama di Kampung Jawa).
Setelah berhempas pulas, akhirnya Hajah Basariah mula menurunkan perniagaan ini kepada Hajah Ramlah bt Muhamad sebagai generasi yang ketiga. Hajah Ramlah mula membuka lembaran baru bagi perusahaan ini dimana ia mula didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) pada tahun 1995 dengan lebih dikenali sebagai Ramlah Food Enterprise(mula2 nak isi Dodol Warisan tapi entah nape encik yang kat ssm tue kata da ada syarikat lain yg dftr tapi tengok ada syarikat lain yg tubuhkan pada area tahun2000an yg pakai-entah ape2 la encik kat ssm tue). Disini juga la mula mengenali Jabatan Pertanian sebagai pembimbing. Membantu memberi kursus2 dan pengetahuan dalam pelbagai aspek. Hajah Ramlah mula melebarkan sayap dengan membuat pelbagai jenis bentuk pembungkusan sehingga beliau pernah memenangi beberapa pertandingan. Beliau juga pernah mendapat jemputan untuk membuat demostrasi membuat dodol dihadapan Permaisuri Agung.
Selain itu juga, Hajah Ramlah telah menambahkan lagi pelanggan-pelanggan yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Hajah Ramlah pernah beberapa tahun mendapat tempahan untuk majlis-majlis perayaan peringkat kebangsaan.
Sehingga kini pelbagai anugerah tekah dimenangi oleh Hajah Ramlah dan syarikat Ramlah Food Enterprise sendiri.